Thursday, July 14, 2011

SRE#12 + TIPS + Kemahiran Pengendali Acara & Juruhebah / MC


sumber - google image


KEMAHIRAN MENGENDALIKAN MAJLIS
Sekali-sekala anda ditonjolkan untuk mara ke hadapan mengendalikan sesuatu majlis. Apa tindakan anda? Menolak dengan pelbagai alasan? Atau terus menghilangkan diri dan tak muncul-muncul lagi!
Hakikatnya apabila anda disuarakan untuk mengendalikan sesuatu majlis, maknanya orang telah mula memberi kepercayaan kepada anda. Anda harus sahut cabaran itu dan buat yang terbaik.
Inilah masanya anda membangunkan diri dan potensi anda di tengah masyarakat. Orang mula menghargai peranan anda atau kehadiran anda di tengah masyarakat. Anda seorang yang berpotensi.
PERANAN SEORANG PENGACARA & URUHEBAH MAJLIS (MC)
- Kawal majlis dengan baik dan bijaksana.
- Pastikan semua orang dapat mendengar percakapan anda dengan jelas.
- Jangan cakap laju sangat, perlahan-lahan (step-by-step).
- Jangan cakap perkara yang anda tidak mahir atau anda tidak pasti.
- Pandang muka semua orang dari kiri ke kanan, dari hadapan ke belakang majlis.
- Jangan menyentuh perasan sensitif yang tidak disenangi orang ramai.
- Pelbagaikan intonasi suara anda.
- Cakap perkara yang ringan dan sekali-sekali boleh buat jenaka ringan untuk mengurangkan ketegangan dan kebosanan pendengar.
- Tepati masa. Jangan meleret-leret.
- Beri ucapan penghargaan kepada pihak yang telah berbuat sesuatu kebaikan.
    PENGUCAPAN AWAM (PUBLIC SPEAKING)
    Untuk mengendalikan sesuatu majlis dengan baik anda hendaklah berlatih teknik pengucapan awam (public speakingatau khitobah). Ciri-ciri pengucapan awam yang baik:
    - Mudah difahami pendengar. 
    - Menggunakan bahasa yang mudah dan teratur.
    - Bercakap lancar dan bukannya membaca catatan atau teks.
    - Intonasi atau tinggi rendah suara yang menarik.
    - Direct to the point. Tidak meleret-leret. 
    - Isi bernas dan padat.
    - Suara jelas.
    - Menggunakan sistem siaraya yang baik dan jelas.
    - Ada perhubungan harmoni dua hala antara penceramah dan pendengar.
    - Pendengar tidak diasak untuk menerima sebaliknya pendengar menerima ucapan dengan rela hati.
    - Diselang-seli dengan rencah yang merehatkan penerimaan pendengar seperti bahan jenaka, cerita, pantun, nyanyian dan sebagainya.
    - Ada aliran cerita dan bukannya khutbah semata-mata.
      KESIMPULAN
      Majlis adalah medan atau gelanggang komunikasi pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat dan merapatkan silaturahim. Untuk mendapat kesan yang optimum, etika atau adab di dalam majlis harus dijaga dan kemahiran mengendalikan majlis tersebut harus ditingkatkan termasuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara ahli.


      sumber - telagabiru.net.my

      0 comments:

      Post a Comment


      PELABURAN & JUAL BELI EMAS

      PORTAL UNTUK PERNIAGAAN

      DESIGN & PRINTING

      Kursus Pra-Perkahwinan

       
      Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls