Thursday, February 16, 2012

SRE#19 + EVENT - Twitter Jaya Futsal Bersama ERA.FM - 11 Feb 2012

PA System 
Tarikh - 11 Feb 2012
Acara - Twitter Jaya Futsal Bersama ERA.FM
Lokasi - The Challenger Petaling Jaya Selangor 


Kredit Gambar - omarbahrin.com

Wednesday, February 15, 2012

SRE#18 + INFO - SRE 2012


Alhamdulillah, 2012 telah pun melabuh kan tirai meninggal kan 2011 yang penuh dengan ranjau dan onak duri. Insyallah di tahun 2012 ini, SRE akan mengembang kan sayap untuk pergi lebih jauh lagi. Sokongan dan dari pelbagai pihak selama ini telah banyak meralisasikan permulaan bibit-bibit impian kami. Perkhidmatan yang bermutu adalah teras SRE. Insyallah..

Kepada pihak yang berminat untuk mengguna kan perkhidmatan kami, boleh lah terus menghubungi nombor telefon yang tertera di blog. Boleh juga email kepada kami di serasiritma@gmail.com. Tempahan awal untuk tahun ini amatlah digalak kan bagi mengelak sebarang pertembungan tarikh. 

SRE/

Wednesday, February 8, 2012

SRE#17 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 17 Dis 2011

PA System / DJ / Karaoke
Tarikh - 4 Dis 2011
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Jelebu Negeri Sembilan
Pengantin - Fitri & Fatin

Tahniah diucap kan kepada pasangan raja sehari kita. Juga ucapan setinggi terima kasih kepada pihak keluarga pengantin di atas layanan baik yang diberikan - Dari Kami Krew Serasi Ritma Entertainment.

Friday, February 3, 2012

SRE#16 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 4 Dis 2011

PA System / DJ / Karaoke
Tarikh - 4 Dis 2011
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Dewan Taman Melati Kuala Lumpur
Pengantin - Saudara Ehsan & Pasangan

Tahniah diucap kan kepada pasangan raja sehari kita. Juga ucapan setinggi terima kasih kepada pihak keluarga pengantin di atas layanan baik yang diberikan - Dari Kami Krew Serasi Ritma Entertainment.


SRE#15 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 25 Sep 2011 (Batal)

PA System / DJ / Karaoke
Tarikh - 25 Dis 2011
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Greenwood Kuala Lumpur
Pengantin - Saudari Azlin & Pasangan

Tempahan awal telah dibuat. Dukacita, di atas alasan tertentu pihak keluarga Saudari Azlin telah membatal kan tempahan disaat-saat akhir sebelum berlangsungnya majlis. Kita merancang tapi tuhan yang menentukan. 

PS:- Selamat pengantin baru di ucap kan moga kekal ke anak cucu, insyallah - Dari Kami Krew Serasi Ritma Entertainment




SRE#14 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 11 Sep 2011

PA System / DJ / Karaoke
Tarikh - 11 Sep 2011
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Dewan MBPJ Seksyen 4 Petaling Jaya Selangor
Pengantin - Saudara Azwan & Lydiawati


Tahniah diucap kan kepada pasangan raja sehari kita. Juga ucapan setinggi terima kasih kepada pihak keluarga pengantin di atas layanan baik yang diberikan - Dari Kami Krew Serasi Ritma Entertainment





Monday, July 18, 2011

SRE#13 + INFO - Pelancaran Kad Perniagaan SRE

Rekaan kad perniagaan syarikat.


Muka hadapan


Muka belakang

Thursday, July 14, 2011

SRE#12 + TIPS + Kemahiran Pengendali Acara & Juruhebah / MC


sumber - google image


KEMAHIRAN MENGENDALIKAN MAJLIS
Sekali-sekala anda ditonjolkan untuk mara ke hadapan mengendalikan sesuatu majlis. Apa tindakan anda? Menolak dengan pelbagai alasan? Atau terus menghilangkan diri dan tak muncul-muncul lagi!
Hakikatnya apabila anda disuarakan untuk mengendalikan sesuatu majlis, maknanya orang telah mula memberi kepercayaan kepada anda. Anda harus sahut cabaran itu dan buat yang terbaik.
Inilah masanya anda membangunkan diri dan potensi anda di tengah masyarakat. Orang mula menghargai peranan anda atau kehadiran anda di tengah masyarakat. Anda seorang yang berpotensi.
PERANAN SEORANG PENGACARA & URUHEBAH MAJLIS (MC)
- Kawal majlis dengan baik dan bijaksana.
- Pastikan semua orang dapat mendengar percakapan anda dengan jelas.
- Jangan cakap laju sangat, perlahan-lahan (step-by-step).
- Jangan cakap perkara yang anda tidak mahir atau anda tidak pasti.
- Pandang muka semua orang dari kiri ke kanan, dari hadapan ke belakang majlis.
- Jangan menyentuh perasan sensitif yang tidak disenangi orang ramai.
- Pelbagaikan intonasi suara anda.
- Cakap perkara yang ringan dan sekali-sekali boleh buat jenaka ringan untuk mengurangkan ketegangan dan kebosanan pendengar.
- Tepati masa. Jangan meleret-leret.
- Beri ucapan penghargaan kepada pihak yang telah berbuat sesuatu kebaikan.
    PENGUCAPAN AWAM (PUBLIC SPEAKING)
    Untuk mengendalikan sesuatu majlis dengan baik anda hendaklah berlatih teknik pengucapan awam (public speakingatau khitobah). Ciri-ciri pengucapan awam yang baik:
    - Mudah difahami pendengar. 
    - Menggunakan bahasa yang mudah dan teratur.
    - Bercakap lancar dan bukannya membaca catatan atau teks.
    - Intonasi atau tinggi rendah suara yang menarik.
    - Direct to the point. Tidak meleret-leret. 
    - Isi bernas dan padat.
    - Suara jelas.
    - Menggunakan sistem siaraya yang baik dan jelas.
    - Ada perhubungan harmoni dua hala antara penceramah dan pendengar.
    - Pendengar tidak diasak untuk menerima sebaliknya pendengar menerima ucapan dengan rela hati.
    - Diselang-seli dengan rencah yang merehatkan penerimaan pendengar seperti bahan jenaka, cerita, pantun, nyanyian dan sebagainya.
    - Ada aliran cerita dan bukannya khutbah semata-mata.
      KESIMPULAN
      Majlis adalah medan atau gelanggang komunikasi pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat dan merapatkan silaturahim. Untuk mendapat kesan yang optimum, etika atau adab di dalam majlis harus dijaga dan kemahiran mengendalikan majlis tersebut harus ditingkatkan termasuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi antara ahli.


      sumber - telagabiru.net.my

      SRE#11 + TIPS + Etika Dalam Majlis


      sumber - google image
      Walaupun anda seorang pelajar namun anda sering menghadiri pelbagai jenis acara, majlis dan program, sama ada yang rasmi atau tidak rasmi. Namun ramai pelajar yang segan dan malu berada dalam majlis. Kalau boleh biarlah berada di barisan belakang sekali. Kalau ada tiang atau tembok mahu rasanya berlindung di sebaliknya.
      Kadang-kadang anda mengambil tempat di tepi pintu belakang sekali supaya senang melarikan diri tanpa diperhatikan orang. Anda seolah-olah menjadi seorang cacat yang serba kekurangan. Pada ketika lain anda merasa kekok berada di dalam sesuatu majlis. Ada ketikanya anda berasa “out of place” (berasa diri berada dalam majlis yang salah).
      Mengapa terjadi demikian? Ini adalah kerana anda tidak melatih diri anda atau menambah pengetahuan anda dengan etika dalam majlis atau kemahiran mengendalikan sesuatu majlis.
      ADAB MASUK KE DALAM MAJLIS
      - Masuklah melalui pintu hadapan.
      - Berjalanlah dengan tegap, jangan teragak-agak.
      - Mulakan dengan salam jika majlis belum bermula. Tidak perlu memberi salam jika majlis sedang berlangsung sebaliknya masuklah dengan senyap supaya majlis tidak terganggu.
      - Jangan mengasak-asak, melanggar atau melangkah-langkah orang yang telah duduk terlebih dahulu.
      - Bersalamanlah dengan orang bersebelahan yang berhampiran. Bersalamlah dan tegur menegur dengan semua orang jika majlis belum bermula.
      - Cari tempat duduk yang sesuai. Duduklah dengan tenang dan berbuallah dengan teratur.
        ADAB KETIKA MAJLIS SEDANG BERLANGSUNG
        - Jangan banyak menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang. 
        - Jangan berdiri di tengah-tengah kumpulan orang yang duduk.
        - Ikuti agenda yang sedang berlangsung dengan penuh perhatian. 
        - Jangan bercakap yang boleh mengganggu konsentrasi orang lain (juga konsentrasi anda sendiri).
        - Dengar percakapan dan mesej yang cuba disampaikan dalam majlis dengan baik dan teliti.
        - Elakkan dari menunjukkan kekaguman yang berlebihan (over acting) terhadap seseorang.
        - Elakkan dari menyuruh seseorang mengulangi perbicaraannya.
        - Tutup telefon bimbit.
        - Jangan memberi isyarat tubuh yang anda tidak suka kepada majlis tersebut.
          AKSI GANJIL YANG BURUK DI DALAM MAJLIS




          - Tertawa berdekah-dekah. Anda memadai tersenyum sahaja. Rasulullah s.a.w. hanya tersenyum dan tidak tertawa berdekah-dekah.
          - Mengorek hidung, telinga atau gigi.
          - Berludah, menghembus hingus atau berkahak.
          - Terkentut sama ada berbunyi atau tidak.
          - Mengeliat dan menguap. Lebih teruk lagi jika anda mengeluarkan suara. 
          - Meniru-niru cara kaum wanita bergaya, berjalan atau berhias.
          - Menggesa orang lain mendapatkan sesuatu keperluan untuk diri sendiri.
            TAJUK PERBUALAN YANG DILARANG
            - Bercakap dengan angkuh.
            - Tajuk yang mudah menyinggung perasaan para hadirin.
            - Memuji dan berbangga dengan keistimewaan dan kecemerlangan anak-anak sendiri secara berlebihan.
            - Keterlaluan dalam memperkatakan hasil ciptaan dan keistimewaan diri sendiri.
            - Jangan merendah diri dalam majlis sampai tahap menghina diri sendiri sebaliknya bersikap sederhanalah.
              KELAKUAN YANG TIDAK DISENANGI
              - Resah gelisah apabila duduk dalam majlis seperti kata pepatah Melayu, “Seperti kera kena belacan.” 
              - Mengurut-ngurut janggut, mengusap-usap cincin atau mematah-matah dan menyelang-selikan jari.
              - Menguap, bersin, meludah, berkahak atau membersihkan hingus berhampiran dengan orang lain. Palinglah ke belakang dan meludah di tempat yang sesuai.
                PERGAULAN
                - Ikut peraturan memisahkan tempat duduk tetamu lelaki dengan tetamu perempuan.
                - Jangan cuba bergurau senda dengan tetamu istimewa, VIP, VVIP, alim ulama dan orang bijak pandai. Jika perlu gunakan perkataan gurauan sepintas lalu. Itu sudah memadai untuk menceriakan suasana.
                - Jangan membuat lawak yang menyebabkan orang lain ketawa berdekah-dekah.
                - Jangan bermain-main dengan orang yang kurang akal dan kanak-kanak kecil yang belum mumaiyiz atau belum baligh.
                  PERKARA MENYALAHI SYARIAT
                  - Pergaulan bebas yang berlainan jantina.
                  - Terdapat maksiat seperti minuman yang memabukkan dan perbuatan yang bersifat pemujaan jin atau syaitan.
                  - Mendorong orang lain melakukan kezaliman dan penganiayaan sesama manusia.
                  - Sengaja mewujudkan selisih faham antara dua pihak.
                  - Menganggap harta kekayaan itu lebih mulia daripada harga diri.
                    MENGAWAL DIRI DALAM MAJLIS
                    - Jangan hilang kawalan diri dan kawalan emosi seperti menangis, melolong, marah, berang, memekik, memaki hamun atau mengamuk. 
                    - Jika anda hilang kawalan diri seketika, segeralah bertenang. Jangan mengambil tindakan melulu atau bertindak mengikut nafsu. Hentikan perbicaraan. 
                    - Apabila telah reda baharulah berbicara semula. 
                    - Jauhi sikap keras hati.
                    - Jangan pentingkan diri sendiri atau kroni (kumpulan).
                      MAJLIS YANG MELALAIKAN
                      Suatu ketika anda terkepung dalam sebuah majlis yang melalaikan. Apa yang dimaksudkan dengan majlis yang melalaikan? Antara ciri-ciri majlis yang melalaikan:
                      - Banyak perbualan kosong.
                      - Membazir masa.
                      - Membawa kepada kelalaian. 
                      - Mengadu domba.
                      - Mengumpat.
                      - Memfitnah.
                      - Meninggalkan waktu solat.
                      - Bercampur gaul dengan agenda maksiat. Terdapat ciri menzalimi orang lain, maka hendaklah minta izin untuk beredar sambil beristighfar dan berzikir.



                      sumber - telagabiru.net.my

                      Wednesday, July 13, 2011

                      SRE#10+ INFO + Powered PA Speakers: Who Needs An Amplifier!!

                      sumber - google image

                      Amplifiers have become more an more expensive every day. In number of cases, when PA systems are deployed a huge part of money goes only into purchase of amplifiers. Powered PA speakers have been introduced considering the fact that PA systems might not require the amplification offered by an amplifier in some cases.

                      Powered PA speakers are different from other speakers because they do not require a separate amplifier be deployed with the PA system. Rather these speakers have on board amplification sub systems. These speakers can take signals directly from the audio input device, like a microphone or from the audio mixer. Thus the need of amplifiers can be circumvented when the PA system is deployed.

                      The powered PA speakers require an external power source as opposed to the passive speakers which do not require to be hooked on to a wall outlet. The main reason for this of course is that even though the loudspeaker might not need the power itself, there is the amplifier and a number of other on board subsystems which require power to be sent to them.


                      In order to ensure that bad Signal to Noise Ratio, Distortion and Noise do not ruin the sound quality, the powered PA speakers also have audio crossovers built in so that noise can be separated from signal. The audio crossovers in a powered PA speaker may either be active or passive. It depends on the price you are ready to pay for the speaker.

                      Another important benefit of powered PA speakers is that they have on board subsystems for slew reduction. The length of cable that connects the PA speakers to the audio source device can lead to degradation of sound quality due to slew. The powered PA speakers have special gadgetry which helps in slew reduction. This provides better sound quality.


                      Line noise is another common problem faced by PA systems. The powered PA speakers have an ability to remove line noise and they recover sound quality to a certain extent. Some powered PA speakers have have specially arranged line inputs which are designed in such a manner that they can only accept the signal balanced to the line input. This means that it will ignore other signals (noise). UHF signals are also being used in some speakers for this.

                      With powered PA systems, it becomes much easier to deploy the PA system because an entire component and lot of cable work need not be done.

                      Powered PA speakers are manufactured by a number of companies. The premier companies that manufacture powered speakers are Phonic and DB Technologies. You can find their products in retail outlets and you can also order them online The main benefit of purchasing powered PA speakers online is that lucrative discounts are available.



                      sumber: pasystemworld.com

                      PELABURAN & JUAL BELI EMAS

                      PORTAL UNTUK PERNIAGAAN

                      DESIGN & PRINTING

                      Kursus Pra-Perkahwinan

                       
                      Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls