Seperti yang kita tahu, semenjak kecil lagi P.Ramlee memang mempunyai cita-cita untuk menjadi anak seni. Minatnya dipupuk apabila melihat bintang Hollywood seperti Tom Mis dan Buck Jones.
Bertolak ke Singapura pada 9 Ogos 1948 atas undangan B.Sh.Rajhans. P.Ramlee mula mengorak langkah di dalam dunia. Bermula dengan filem Chinta, P.Ramlee telah pun diberi watak kecil di dalam filem tersebut.
P.Ramlee sememangnya dikenali sebagi seniman yang serba boleh. Pelbagai watak dan dan peranan telah pun dilakonkannya. Banyak perkara yang telah P.Ramlee melalui demi mengukur namanya di persada seni tanah air. Berdepan dengan masalah kontrak dan juga gaji, P.Ramlee tetap tabah mengharunginya.
"Masuknya saya ke dalam dunia filem hanya secara kebetulan sahaja, kerana tidak pernah terlintas dalam hati saya untuk menjadi seorang pelakon. Secara kebetulan saya katakan kerana sewaktu saya di Pulau Pinang,
B.S.Rajhans yang menjadi pengarah di Studio Malay Film Production telah menemui saya dan mengajak saya ke Singapura untuk berlakon dalam filem. Pada mulanya agak keberatan juga rasanya saya hendak ikut ke Singapura. Tetapi kerana terlalu kuat desakan dari Rajhan, maka ikut juga ke Singapura dan menjadi keluarga Malay Film Productions." Itu adalah katanya.
P.Ramlee dengan pantas mencapai kejayaan yang besar. B.S. Rajhans membawa dia ke dunia filem, tetapi L.Krishan membuat dia jadi bintang. Kejayaan demi kejayaan diraih P.Ramlee. Namun begitu apa yang lebih diidamkannya ialah, "Pada satu hari nanti, hendaknya akan dapatlah melihat salah satu dari gambar filem saya itu dipertunjukkan di Pesta Cannes."
Dalam penglibatan dunia perfileman, P.Ramlee telah digandingkan dengan hampir kesemua seniwati yang ada ketika itu. Diantaranya Kasma Booty, Siput Sarawak, Rokiah, Neng Yatimah, Rosnani, Saadiah, Aini Hayati, Normadiah, Zaiton, Sarimah, Latifah Omar dan Maria Menado.
Filem 'Penarik Becha' pula menjadi batu loncatan kepada P.Ramlee. Ini kerana filem itu banyak memenangi anugerah. Bukan saja anugerah, tetapi P.Ramlee adalah orang Melayu kedua selepas Haji Mahdi diberikan jawatan 'Pengarah' di Malay Film Production. Sejak dari filem itu, P.Ramlee cuma berlakon 3 buah filem di bawah arahan orang lain. Selebihnya dialah teraju utama.
Berikut adalah filem-filem yang terpilih yang mempunyai banyak pengajaran yang cuba diketengahkan oleh P.Ramlee dalam kehidupan masyarakat.
B.S.Rajhans yang menjadi pengarah di Studio Malay Film Production telah menemui saya dan mengajak saya ke Singapura untuk berlakon dalam filem. Pada mulanya agak keberatan juga rasanya saya hendak ikut ke Singapura. Tetapi kerana terlalu kuat desakan dari Rajhan, maka ikut juga ke Singapura dan menjadi keluarga Malay Film Productions." Itu adalah katanya.
Berikut adalah filem-filem yang terpilih yang mempunyai banyak pengajaran yang cuba diketengahkan oleh P.Ramlee dalam kehidupan masyarakat.
Antara Dua Darjat
Hang Tuah
Labu-Labi
Laksamana Do Re Mi
Musang Berjanggut
Pendekar Bujang Lapok
Seniman Bujang Lapok
Sumpah Orang Minyak
BERSAMBUNG BAHAGIAN 3................
0 comments:
Post a Comment