Sunday, May 20, 2012

SRE#38 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 12 & 13 Mei 2012

PA System / Karaoke / DJ
Tarikh - 12 & 13 Mei 2012
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Kampung Cheringin, Janda Baik, Pahang
Pengantin - Ahmad Sabirin & Sarimah



Tahniah dan Selamat Pengantin Baru diucap kan. Juga jutaan terima kasih kepada keluarga pengantin di atas layanan yang baik yang di beri

Sunday, May 6, 2012

SRE#37 + INFO - Asal Usul Lagu Kebangsaan, NEGARAKU

Tiba-tiba tercuit minda dan hati untuk menyingkap asal usul di sebalik lagu kebangsaan kita iaitu NEGARAKU. SRE percaya tak semua daripada kita sebagai rakyat Malaysia betul-betul tahu akan asal usulnya. Jadi di sini ada sedikit info yang boleh dikongsi..

Tahukah anda, terdapat dua sumber rujukan berkaitan asal usul lagu Negaraku sebelum dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia. Pertamanya, ia dikatakan berasal dari Lagu Kebangsaan negeri Perak dan satu lagu popular berjudul Terang Bulan (Trang Bulan). Mengikut cerita Tuan Haji Mustafa AlBakri, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, lagu ini digunakan buat pertama kali sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1901 iaitu ketika pertabalan Raja Edward VII di England.
Sultan Idris Murshiduladzam Shah, adalah Sultan Perak ketika itu (1887 hingga 1916). Pada masa pertabalan Raja Edward VII (1901), Sultan Idris berangkat ke England sebagai wakil raja-raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dalam Istiadat Pertabalan itu. Tiba di Pelabuhan Southampton, pegawai protokol dari pejabat kolonial luar naik ke kapal dan bertanyakan Lagu Kebangsaan Negeri Perak. Menjadi amalan di England pada masa itu setiap kali Ketua Negara atau Raja berangkat, lagu kebangsaan negeri itu dimainkan.

Pada masa itu Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Kebetulan, Raja Harun Sultan Abdullah, setiausaha sulit kepada Sultan adalah seorang pemuzik. Walaupun sedar Negeri Perak tidak mempunyai lagu kebesarannya sendiri, dia tidak mahu mengaku kalah. Raja Harun memberitahu pegawai protokol bahawa Negeri Perak memang sudah ada lagu kebesarannya sendiri tetapi nota lagu itu tidak dibawa bersama. Begitupun, Raja Harun boleh memainkan lagu itu tanpa nota.

Selepas mendengar penerngan Raja Harun, pegawai protokol membenarkan beliau memainkan lagu itu. Lagu itu sebenarnya ialah lagu Terang Bulan. Berkumandanglah lagu Terang Bulan di bumi England pada 1901 buat pertama kalinya dan sekaligus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak. Dari saat itu, lagu Terang Bulan menjadi Lagu Kebangsaan Negara dan seterusnya Lagu Kebangsaan Malaysia.

Satu lagi sumber mengenai asal usul Negaraku ialah cerita disampaikan Raja Kamarulzaman, anak kepada Raja Mansur yang pernah menjadi juruiring kepada Sultan Idris. Beliau menyatakan laguTerang Bulan mula dijadikan Lagu Kebangsaan Negeri Perak pada 1888, apabila Sultan Idris melawat London iaitu setahun selepas baginda ditabalkan.

Sultan Idris berangkat ke London untuk menghadiri Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria pada 1888. Setibanya rombongan diraja di London sebagai persediaan, wakil Permaisuri Vicoria meminta nota Lagu Kebesaran Negeri Perak daripada Raja Mansur, juruiring Sultan Idris. Untuk mengelak malu maka menerusi kebijaksanaan dan daya usaha Raja Mansur, beliau menyatakan nota lagu terlupa dibawa.

Bagaimanapun, Raja Mansur memberitahu wakil Permaisuri dapat menyediakan seorang pakar muzik yang boleh membuat nota lagu, beliau boleh membunyikan dengan cara bersiul. Lagu disiul itu adalah lagu yang sangat popular dan digemari penduduk Negeri Perak. Lagu Kebesaran Negeri Perak buat kali pertamanya dimainkan secara rasmi pada Upacara Kemahkotaan Permaisuri Victoria di London dan lagu itu ialah lagu Terang Bulan.

Mubin Sheppard, bekas Pengarah Arkib Negara pernah membuat penyelidikan mengenai asal usul lagu Negaraku. Beliau mendapat cerita daripada dua adik beradik, Raja Aminah Almarhum Sultan Abdullah dan Raja Halijah Almarhum Sultan Abdullah, selain Raja Kamarulzaman. Mengikut dua adik beradik ini, kali pertama mereka mendengar lagu ini yang sekarang dikenali sebagaiNegaraku ialah di Mahe, Kepulauan Seychelles, lokasi ayahanda mereka iaitu bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan.

Kata mereka, lagu itu sangat popular di pulau berkenaan dan selalu dimainkan pasukan pancaragam. Dipercayai melodinya digubah ahli muzik Perancis, Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada 1780 dan meninggal dunia pada 1857.
Raja Kamarulzaman pula menceritakan lagu itu diperkenalkan seorang bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh singkat lagu itu menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan.

Sumber: Bintang Popular (Berita Minggu - 31 Ogos 2008, oleh Suzan Ahmad)

SRE#36 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 6 Mei 2012

PA System / Karaoke / DJ
Tarikh - 6 Mei 2012
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Pantai Dalam Kuala Lumpur
Pengantin - Aween & Acha

Selamat pengantin baru buat kedua mempelai!!


Thursday, May 3, 2012

SRE#35 + INFO - UPDATED! AL-FATIHAH PERTAMA UNTUK BOB KUMAN (GAMBAR EKSKLUSIF)

Sumber dari blog - http://www.mazidulakmal.com/


AL-FATIHAH PERTAMA UNTUK BOB KUMAN (GAMBAR EKSKLUSIF)

Pemimpin seharusnya menyebarkan berita tepat dan sahih di laman sosial.


Malangnya berita disiarkan di laman Twitter Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu tidak benar. Sila rujuk di sini. Maaf Datuk kerana saya harus memperbetulkan maklumat salah itu.

Bob Lokman masih HIDUP.

Barangkali informasi disalurkan oleh sumber kepada beliau tidak tepat.

"Bang! Tolong pergi tengok abang Bob, isteri dia telefon menangis dan katanya abang Bob sudah tidak bernafas. Saya on the way," ujar Farid cemas sewaktu menghubungi saya di rumah petang tadi.

Pelakon dan pelawak, Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 41 tahun, dilaporkan sakit buat pertama kali di blog ini.

Sila rujuk entri ini.


Berikutan laporan itu, banyak pihak menghulurkan bantuan kepada anak kelahiran Kampung Sega Tengah, Rantau, Negeri Sembilan terbabit.

"Bang, terima kasih kerana menolong saya," ujar arwah berkali-kali. 

"Bob, saya hanya membantu sedaya mungkin"

Hanya kenyataan itu mampu saya ungkapkan.

Arwah ternyata amat terharu berikutan sumbangan dihulurkan orang ramai bersimpati terhadap keadaannya. Untuk rekod, dia antaranya disahkan mengidap sakit jantung, darah tinggi dan penyakit terlalu mudah tertidur.

Mewakili keluarga arwah, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua memberikan sokongan moral dan kewangan.


Melalui pengamatan saya, Bob tetap bersabar setiap kali akaun Maybank miliknya disekat sekaligus menggagalkan usaha orang ramai mendepositkan sumbangan mereka ke akaunnya.

Baca laporan di sini.

"Bang, macam mana saya hendak ke bank membuat justifikasi sedangkan hendak bangun dari katil pun saya tidak berdaya," katanya.

Saya melihat penderitaan dilalui oleh arwah. 

Kali pertama bertemu Bob pada 15 April lalu, sambil berbual dia kelihatan sukar bernafas namun sedaya upaya mencuba menerangkan situasi sebenar. Lihat aksi arwah 17 hari sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.


"Biar aku pegang mikrofon ini, lama tidak keluar TV," usiknya.  

Dalam derita, Bob masih mampu bergurau senda ketika dikunjungi oleh wakil media cetak dan elektronik di rumahnya.


"... lu fikirlah sendiri," ujarnya dalam nada bergurau.



Kenyataan itu ditujukan kepada David Teo berikutan ketidakpuasan terbuku di hatinya.

"... kita kesian dia laaa dari dahulu sebelum saya jumpa dia, dia sudah ada masalah kesihatan. Dia minta saya untuk bagi peluang bekerja. Saya kata, kamukan ada masalah kesihatan. Boleh ke kamu kerja? Dia kata boleh. Sebelum dia pergi saya punya lokasi, so hospital Tawakal saya bersama dia punya kru hantar sumbangan untuk tolong dia melunaskan baki daripada Tawakal, RM5, 000. Tak payah pinjam, saya bayar kamu sumbangan. Apabila di dalam sedih, production manager bawa dia pergi, bukan seperti yang ditunjukkan pada gambar sebab dia lelah bukan dia jatuh. Saya terkilan sebab kata saya abaikan. Kalau dia hendak minta gaji, itu sedekah, dia boleh terus kepada saya. Tak perlu melalui publisiti seperti saya menganiayai dia. Tak adil bagi saya lah ... Tuhan kata memaafkan orang, kita akan banyak rezeki. Saya sentiasa memaafkan banyak orang ... Dia bagi tahu kita, biar saya hantar pegawai, saya pun sentiasa di luar negara. Tak ada masalah, dia orang sakit. Sekiranya dia mahu MINTA SEDEKAH, beri tahulah tetapi jangan menganiaya orang lah"

Kenyatan di atas diungkapkan oleh David (sumber : tonton.com.my) sewaktu dihubungi oleh wartawan Melodi melalui telefon dan kenyataan terbabit disiarkan di rancangan hiburan secara langsung terbitan TV3 itu, dua minggu lalu.

Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat bersama David dan semua pembaca blog ini. Barangkali dakwaan jutawan terbabit bahawa beliau pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada arwah benar biarpun saya tidak melihat buktinya lagi tetapi ketahuilah masih ramai lagi rakyat Malaysia berhati mulia biarpun bukan berstatus jutawan. Mereka tanpa sebarang persoalan dan pertikaian membantu Bob melalui pelbagai kaedah tanpa nama disebut.

Sebilangan hadir ke rumah arwah contohnya memberikan ubat tradisional manakala sebilangan lagi menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai.

Ingin saya tegaskan di sini, arwah BUKAN PEMINTA SEDEKAH, dia penerima derma ikhlas disumbangkan oleh anggota masyarakat pelbagai bangsa berhati mulia.

Teringat saya kepada kenyataan rakan, Razali Harun sebelum ini.

"Dia (Bob) sebenarnya bukan mementingkan duit sangat bro tetapi jika boleh cuma ingin diziarahi oleh rakan dan kenalan dalam keadaan begini"

Ahli politik mewakili PAS dan Barisan Nasional, ahli SENIMAN, persatuan kebajikan, rakan artis dan ramai lagi sempat singgah menziarahi arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Benar kata David, barangkali kerana kesibukan tugas, dia sentiasa berada di luar negara, masakan mempunyai masa terluang menziarahi pelakon dan pelawak terlantar sakit.

Itu bukan tanggungjawab dia dan pegawainya jadi mereka tidak boleh dipersalahkan.

"Bang, saya bukan hendak meraih simpati. Bukan desperado. Kalau abang hendak menolong saya, elok kalau iklankan barangan cendera hati saya jual seperti topi dan baju di blog, " pintanya kepada saya sejak hari pertama saya menulis entri berhubung penderitaannya.

Untuk pengetahuan semua, Bob tidak pernah meminta saya memulis entri berhubung seksa ditempuhnya di blog ini. 

Saya menulis entri disebarkan ke seluruh negara itu dan sekaligus memancing perhatian media itu dengan kehendak hati sendiri.

"Bob, sihat dahulu dan kemudian kita bincangkan fasal iklan. Sebenarnya mereka menderma itu peminat awak dan menghargai awak sebagai anak seni. Barangkali, awak pernah membuatkan mereka tertawa sebelum ini. Justeru tidak salah jika mereka membantu sewaktu awak dilanda musibah," balas saya.

Kita harus ingat, kuasa dan kekayaan, milik Allah. Jika Allah ingin menarik kembali segala rezeki dianugerahkan kepada makhluk bergelar manusia, sekelip mata bakal hilang segalanya tanpa mengira status, bangsa dan agama manusia.

Sewaktu tiba di rumah arwah pada jam 4.33 petang tadi, saya melihat Bob terbaring di atas katil. Jururawat peribadinya, Mohd Farid Hamzah dan pembantunya, Kamer Farhan Kamaludin, 23 tahun, sedang melakukan CPR dengan harapan Bob kembali bernafas. 


"Berapa lama sudah melakukan CPR?," soal saya kepada Farid.

"Lebih kurang dua puluh minit bang," balas graduan lulusan Kolej Segi juga kru Penyingkap Fakta 666 itu.

Kedua mereka kelihatan penat namun tetap bersilih ganti melakukan CPR.

Farid melihat tepat ke arah saya menggelengkan kepala. Bibir arwah kelihatan berwarna biru gelap dan tubuhnya  langsung tidak menunjukkan sebarang respon positif. 


Dia faham maksud gelengan itu. Mereka telah mencuba kaedah terbaik untuk menyelamatkan Bob namun gagal.


Dua kakitangan ambulan dari Hospital Sungai Buloh tiba di rumah kira-kira jam 4.37 petang tadi dan membuat pemeriksaan teliti ke atas tubuh Bob.


"Tiada denyutan nadi, tiada degupan jantung dan anak mata sudah membesar," jelas kakitangan hospital itu.

"Elok kalau encik memberitahu isteri abang Bob," celah Farid.

Farid ternyata bersedih.

"Macam abang saya. Saya mula menjaga abang Bob sejak 17 April lalu sampailah semalam," bisiknya kepada saya.


Isteri arwah, Norma Othman, 29 tahun, berasal dari Mukah, Sarawak, dinikahinya pada 8 April lalu mengalirkan airmata sebaik dimaklumkan berhubung pemergian suaminya.

Untuk pengetahuan semua, Norma dan arwah berkongsi tarikh lahir sama, 15 April. 


Lantas saya memyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.


Sewaktu dua kakitangan hospital bergerak keluar dari bilik, saya terpandang dua topi keledar mainan diletakkan di atas almari berhampiran katil arwah.


Biarpun berat tubuhnya sewaktu hidup dilaporkan melebihi 200 kilogram, di hatinya tersemat sifat anak kecil, menggemari permainan sebegitu barangkali untuk menghiburkan sanubarinya ketika terluka berikutan sifat beberapa manusia sebelum ini menjadi kenalannya.

Untuk rekod, topi terbabit mempunyai pembesar suara di bahagian dalam. Jika pengguna bercakap sewaktu memakai topi itu, suaranya bertukar menjadi besar seperti suara robot.

Untuk rekod, jenazah Bob dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah  keluarga arwah di 1763  Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan.

"Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sega Tengah ini, jam 10 pagi esok. Kami sampai tadi kira-kira jam 11.35 malam," lapor Azayusrin.

Kru 666, Razali Harun, Azayusrin, Adam dan Farid kini berada di rumah arwah.

Al-Fatihah!

HEBAHKAN

SRE#34 + INFO - Bob Kuman Meninggal Dunia 4.38PM 5 May 2012

Bob Kuman meninggal Dunia 03.05.12 4.38 pm


Info Dari Blog - http://www.mazidulakmal.com

Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.


Perginya seorang insan yang berbakat besar bernama Husni Mohd Rawi. Moga roh beliau dicucuri rahmat. Kami akan merinduimu Bob.


Al Fatihah...




Tuesday, May 1, 2012

SRE#33 + INFO - P.Ramlee - Lagenda Sepanjang Zaman (Bah.1)

"Aku nak hidup sampai 1000 tahun lagi." Itulah katanya kepada salah seorang sahabatnya. Namun begitu apa yang telah   dikatakan itu secara gurauan, kini beransur-ansur berubah menjadi realiti.


Sesungguhnya tiada siapa yang tidak mengenali beliau. Pengenalan kepada seniman agung Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Putih. Beliau yang lebih dikenali dengan nama P.Ramlee bukan sahaja berbakat tetapi juga sebagai ikon seniman sepanjang zaman.

Siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya? Siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya? Siapa yang tidak sedih apabila melihat lakonan menyayat hatinya? Siapa yang tidak terpana dengan filem arahannya?

Amat sukar untuk mencari insan yang boleh menandingi kehebatan beliau. Apatah lagi untuk mencari mereka yang boleh menggantikan P.Ramlee. Sehingga kini, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat beliau sebagai seniman yang serba boleh. Biarpun dari seniman seangkatan dengannya atau pun dari generasi baru seniman yang lebih dikenali sebagai artis pada masa kini.

Tidak ramai yang mengetahui akan kisah dan juga penghidupan seniman agung ini. Rata-rata cuma mengetahui apakah filem yang dilakonkan dan diarahkannya ataupun lagu yang didendangkannya. Tetapi ramai yang tidak tahu akan perjuangannya yang penuh liku dan ranjau. Marilah kita sama-sama menghayatinya.


SEJARAH

Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P.Ramlee telah dilahirkan pada 22 Mac 1929 di pagi Hari Raya Aidilfitri. P.Ramlee telah dilahirkan di rumah neneknya di 40A, Counter Hall, Penang, Malaya.

P.Ramlee memulakan pendidikan awal beliau di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya ke Francis Light School. Sebelum perang meletus, P.Ramlee sempat menyambung pelajarannya ke Penang Free School tetapi tidak sempat menamatkannya. Semasa Perang Dunia Ke 2, P.Ramlee telah mendapat pendidikan di Japanese Navy School.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Pada tahun berikutnya, P.Ramlee bersama sahabatnya Mohd Yusop telah menubuhkan sebuah pancaragam bernama Pancharagam Mustika. Beliau telah mendapat undangan menyanyi di atas pentas di Agricultural Show di Bukit Mertajam. B.S Rahjans kebetulan berada di situ untuk mencari bakat baru. Setelah menyaksikan persembahan P.Ramlee, beliau menawarkan P.Ramlee untuk datang ke Singapura.

Dalam tahun itu juga P.Ramlee telah pergi ke sana. Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah CHINTA pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan penyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.

P.Ramlee buat pertama kalinya mendirikan rumah tangga dengan anak salah seorang seniman ketika itu. Isterinya yang dimaksudkan ialah Junaidah Daeng Haris. Melangsungkan perkahwinan mereka pada tahun 1953. Kemudian mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Iaitu, Mohd Nasir dan Arfan.

Setelah bercerai pada tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Norizan pada 6 Februari 1955. Namun begitu perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama. Mereka bercerai pada tahun 1961.

Pada tahun yang sama, P.Ramlee bertemu dengan Salmah Ismail atau pun lebih dikenali dengan nama Saloma. Kemudiannya mereka telah diijab kabulkan pada 21 November 1961. Saloma telah menemani P.Ramlee dalam suka mahupun duka sehingga ke akhir hayat P.Ramlee.

Sepanjang perkahwinan, P.Ramlee cuma mempunyai 2 orang anak. Iaitu Nasir dan Arfan. Oleh kerana itu, P.Ramlee telah pun mengambil beberapa orang anak angkat. Diantaranya ialah Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan akhir sekali Dian.

Di dalam dunia perfileman tempatan, P.Ramlee telah berlakon dalam 66 filem. Bermula dengan filem pertama 'Chinta' sehinggalah filem terakhirnya 'Laksamana Do Re Mi'. Di dalam dunia seni suara pula, P.Ramlee telah mendendangkan 359 buah lagu.
P.Ramlee juga telah memenangi beberapa buah anugerah di Festival
Filem Asia di Hang Kong, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Singapura, Taipe dan Tokyo. Tidak ketinggalan juga, Festival Filem Antarabangsa di Berlin.
Hayat P.Ramlee tidak lama. Beliau meninggal ketika berusia 44 tahun pada pagi Selasa 29 Mei 1973 kerana diserang sakit jantung. Jenazahnya telah disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang. Semoga pemergian beliau dirahmati Allah swt.

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya tidak ternilai, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri.

BERSAMBUNG BAHAGIAN 2................


SRE#32 + GIG - "Party Rock" by Malacca Music Community MMC - 5 May 2012

Malacca Music Community (MMC) 
Presents
PARTY ROCK

Venue
MK CLUB 2.0 (Silversound Studio)
Taman Bukit Cheng, Malacca
In front of KOLEJ UNIKOP MELAKA

Date & Time
5 May 2012, 1PM to 8PM


SRE#31 + INFO NIAGA - SERA CULTURE Portal




SERA CULTURE is a small business portal for all businesses out there.
here, it's very simple.

The purpose of this portal is to facilitate small entrepreneurs and freelancers to promote their business and indirectly easy for customers to find businesses or services they needs. As you look at the page above there are several categories of business we have obtained and will be updated or supplemented from time to time.

Simple way, you only need to select the business category you want and click on the image of business as stated and it will take you directly to the official website of the business.

Don't Worry, if there are businesses that do not have a website, we also display of all their details and you can access through the portal.

*We also offer a free package for a month for businesses to promote their business here.
You just need to email us your business details such as:-

- BUSINESS LOGO
- BUSINESS ADDRESS (if available)
- BUSINESS WEBPAGE / WEBSITE ADDRESS ex: www.seracultures.blogspot.com
- BUSINESS PHONE NUMBER

*Email: seraculture@gmail.com

Web: seracultures.blogspot.com

SRE#30 + INFO NIAGA - ASOON DESIGN (Design & Print)

SIGN BOARD/BANNERS/FLYERS
*Business/Company
*Event/function/wedding/party

POSTERS
* Anniversary
* Birthday poster
* Motivational quotes
* Baby announcement date
* Alphabet/number/alif-ba-ta
* Decorative Graphic or Typographic

CARDS
* Wedding cards
* Invitation cards
* Business/name cards
* Birthday/thankyou Cards

SHIRTS
* Schools
* Corporate


Email to MR ZUL - asoondesign@yahoo.com for any enquiries.
Web: http://asoondesign.blogspot.com

PELABURAN & JUAL BELI EMAS

PORTAL UNTUK PERNIAGAAN

DESIGN & PRINTING

Kursus Pra-Perkahwinan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls