KOMPANG adalah sejenis alat muzik yang menggunakan paluan untuk
menghasilkan bunyi tersendiri.
Ia lebih dikenali sebagai rebana di sesetengah negeri.
Malah, kompang adalah sebahagian hasil seni rimba manakala bahan utamanya ialah kayu halban kerana ia paling sesuai untuk membuat kompang.
Kayu halban bersifat ringan, mempunyai ketahanan yang tinggi apabila dilarik dan tidak mudah pecah.
Kayu halban bersifat ringan, mempunyai ketahanan yang tinggi apabila dilarik dan tidak mudah pecah.
Kayu itu dapat mengeluarkan nada pantulan bunyi yang sekata dan nyaring.
Kemahiran yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan kompang yang bermutu.
Teknik membuat kompang yang betul diperlukan supaya proses melarik dan ketebalannya dapat diukur dengan tepat.
Kayu halban yang dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki perlulah direndam di dalam air mengalir atau lumpur selama enam bulan hingga dua tahun.
Selepas itu, kayu yang matang akan berwarna kehitaman dan tidak mudah pecah apabila dilarik.
Kemudian, kayu itu ditebuk melalui kaedah larik, dibentuk melengkung dan tembus di kedua-dua belah bahagian.
Bahagian sebelah bawah diletak kulit lembu atau kambing yang diproses dan dipaku sekeliling permukaan.
Ukiran atau saiz kompang berbeza antara satu sama lain kerana gabungan bunyi yang berbeza itu melahirkan irama dan nada yang cukup nyaring serta dapat memainkan lagu dengan indah sekali.
Kompang biasanya dimainkan secara berkumpulan antara 9 hingga 25 orang tertakluk kepada jenis-jenis kompang atau kumpulan.
Cara paluan juga menghasilkan bunyi yang berbeza mengikut irama yang diinginkan dalam sesebuah lagu.
Biasanya lagu yang dimainkan adalah berasaskan kepada kitab berzanji atau berbahasa Arab.
0 comments:
Post a Comment