Thursday, July 19, 2012

SRE#63 + INFO - Rock Kapak !!!

Kenangan lalu mengusik jiwa. Begitu juga tentang kewujudan rock kapak yg pernah menghangatkan dunia hiburan sekitar tahun 80`an dan 90`an.



SRE mulakan dengan sejarah rock kapak (secara ringkasnye)

Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada pertengahan tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.

Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983.. Berikutan dengan sam
 Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthandedbutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.

Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).

Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.

Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.

Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, MAY dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.

0 comments:

Post a Comment


PELABURAN & JUAL BELI EMAS

PORTAL UNTUK PERNIAGAAN

DESIGN & PRINTING

Kursus Pra-Perkahwinan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls