Tahukah anda, bidang kejuruteraan audio adalah sebahagian daripada sains audio yang mencakupi kerja rakaman dan penghasilan semula bunyi menerusi wahana mekanikal dan elektronik. Bidang ini mencakupi pelbagai disiplin termasuk kejuruteraan elektrikal, akustik, psychoacoustics dan muzik.
Tidak seperti kejuruteraan akustikal, kejuruteraan audio secara umumnya tidak membabitkan kerja mengawal bunyi bising ataupun reka bentuk akustikal. Bagaimanapun, jurutera audio kecenderungan lebih kepada aspek kreatif dan teknikal audio berbanding tanggungjawab formal kejuruteraan.
Jurutera audio adalah seorang yang cekap atau mahir dengan pelbagai jenis media rakaman antaranya seperti pita rakaman, perakam multitrack digital danworkstation, selain juga berpengetahuan mengendalikan komputer. Dengan perkembangan pesat dan kemuncualan era digital, adalah menjadi suatu kewajipan bagi seorang jurutera audio untuk mahir dalam memahami peranan integrasi perisian dan perkakasan hinggalah penyelarasan perpindahan dari analog kepada digital.
Sehingga kini, tanggapan terhadap gelaran atau panggilan jurutera audio dan jurutera bunyi masih lagi kabur. Terma begini boleh digambarkan sebagai seorang yang bekerja syarikat penerbitan bunyi dan muzik, malah juga menjelaskan tahap kejuruteraan yang lebih tinggi iaitu jurutera yang bertanggungjawab mereka cipta kelengkapan profesional untuk fungsi yang disebutkan di atas.
Profesional yang dimaksudkan ini juga sering membangunkan peralatan yang diperlukan oleh klangan profesional ini. Dalam bahasa lain seperti Jerman dan Itali misalnya ia menggunakan dua perkataan berbeza untuk membezakan kerja dua aktiviti ini. Contohnya dalam bahasa Jerman,Tontechniker (jurutera audio) bertanggungjawab mereka cipta, membina dan memperbaikinya.
Jurutera Audio secara umumnya cukup biasa dengan rekaan, pemasangan, dan/atau operasi rakaman bunyi, memperkukuh bunyi, atau kelengkapan bunyi media penyiaran, termasuk format konsol besar dan kecil. Dalam persekitaran studio rakaman jurutera audio merakam, menyunting, memanipulasi, mengadun, dan/atau unggul menguasai bunyi menerusi wahana teknikal bertujuan untuk merealisasikan visi kreatif aratis rakaman atau penerbit album.
Biarpun sering dikaitkan dengan penerbitan muzik, aplikasi bidang tugas seorang jurutera audio sebenarnya begitu luas, termasuk pasca produksi untuk video dan filem, pengukuhan bunyi secara live, pengiklanan, multimedia dan penyiaran. Bila merujuk permainan video, jurutera audio juga sebenarnya boleh menjadi pengatucara komputer.
Sumber: Bintang Popular (Berita Minggu - 20 April 2008)
0 comments:
Post a Comment