Monday, March 26, 2012

SRE#24 + INFO - Kebaikan & Keburukan Yang Tercetus Daripada Muzik Di Negara Ini

Muzik dan masyarakat tidak dapat dipisahkan kerana muzik pada masyarakat menjadi tempat mereka meluahkan perasaan dan tenaga mereka terutama dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. Keadaan ini menyebabkan rancangan muzikal telah mendapat sambutan hangat masyarakat terutama remaja. Sesungguhnya, muzik mempunyai pelbagai natijah yang mampu mengubah kehidupan sesebuah negara itu.
Sekali pandang pandang muzik memang membawa kebaikan. Muzik mampu memberi ketenangan jiwa kepada seseorang kerana apabila mendengar muzik, jiwa seseorang akan tenteram terutama mendengar muzik kegemarannya. Irama muzik yang mendayu-dayu menyebabkan jiwa seseorang yang suka memberontak akan kembali menjadi tenang dan gembira. Sesungguhnya, muzik membawa ketenangan jiwa yang meningkatkan lagi kekuatan minda dan fizikal seseorang itu.
Malah, muzik mampu memberi imej baru atau memperkaya muzik tradisional sesebuah negara itu. Keadaan ini mampu diwujudkan kerana muzik tradisional dianggap tidak bersesuaian dengan keperluan alaf globalisasi yang mengutamakan muzik rancak sahaja. Rancangan muzik yang disiarkan oleh media tempatan mampu mengorak langkah untuk menyebarkan pengaruh muzik tradisional terutama dalam kalangan remaja. Jadi, muzik memang mampu meninggikan imej muzik tradisional kita.
Bukan sahaja imej muzik tradisional mampu ditingkatkan tetapi imej negara pada mata masyarakat antarabangsa turut meningkat. Muzik sering dikaitkan dengan tahap kemodenan sesebuah masyarakat dan neagra itu mengikut piawaian antarabangsa. Semakin tinggi minat masyarakatnya terhadap muzik semakin modenlah sesebuah negara itu. Contohnya, masyarakat negara moden seperti Jerman dan Sweden sering menyaksikan pelbagai konsert muzik yang diadakan tanpa mengira muzik itu tradisonal atau moden.
Antara band rock melayu yg terbaik dahulu
Selain itu, muzik turut mampu memberikan satu kerjaya yang baik terutama kepada remaja. Keadaan ini berlaku kerana bidang muzik di negara ini masih belum diteroka dengan seluasnya. Permintaan sebagai ahli muzik masih tinggi dan persaingannya tidak begitu sengit berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Dalam masa yang sama negara mula menganggap keperluan muzik menjadi penting dengan pelbagai konsert muzik diadakan setiap tahun di negara ini. Maka, semakin ramailah pemuzik yang diperlukan oleh negara dalam tempoh mendatang ini terutama muzik orkestra.
Keburukan yang ketara daripada muzik ialah aktiviti ini menyebabkan remaja terutamanya mudah terjebak dengan pergaulan yang bebas. Keadaan ini menyebabkan berlakunya gejala sosial yang mendapat perhatian masyarakat seperti isu pembuangan bayi dan penyalahgunaan dadah. Suasana dan tempat muzik sering menimbulkan masalah kepada remaja terutama aksi muzik barat moden yang dianggap terlalu menyimpang daripada budaya tempatan. Oleh itu, muzik turut membawa remaja kita terpesong sahsiahnya.
Kesimpulannya, muzik bukanlah seseuatu yang hanya membawa kebaikan tetapi juga impak negatif yang tersendiri. Setiap individu haruslah menilai dan melihat muzik itu daripada keperluan peribadi mereka untuk memastikan bidang muzik ini membawa impak positif. Peribahasa melayu ‘tepuk dada, tanya selera’ membuktikan bahawa buatlah sesuatu mengikuti keperluan dan kehendak seseorang terutama yang memberi kebaikan sejati.

SRE#23 + INFO - Kejuruteraan Bunyi

Tahukah anda, bidang kejuruteraan audio adalah sebahagian daripada sains audio yang mencakupi kerja rakaman dan penghasilan semula bunyi menerusi wahana mekanikal dan elektronik.  Bidang ini mencakupi pelbagai disiplin termasuk kejuruteraan elektrikal, akustik, psychoacoustics dan muzik. 
Antara peralatan dalam bilik jurutera audioTidak seperti kejuruteraan akustikal, kejuruteraan audio secara umumnya tidak membabitkan kerja mengawal bunyi bising ataupun reka bentuk akustikal.  Bagaimanapun, jurutera audio kecenderungan lebih kepada aspek kreatif dan teknikal audio berbanding tanggungjawab formal kejuruteraan.
Jurutera audio adalah seorang yang cekap atau mahir dengan pelbagai jenis media rakaman antaranya seperti pita rakaman, perakam multitrack digital danworkstation, selain juga berpengetahuan mengendalikan komputer.  Dengan perkembangan pesat dan kemuncualan era digital, adalah menjadi suatu kewajipan bagi seorang jurutera audio untuk mahir dalam memahami peranan integrasi perisian dan perkakasan hinggalah penyelarasan perpindahan dari analog kepada digital.
Sehingga kini, tanggapan terhadap gelaran atau panggilan jurutera audio dan jurutera bunyi masih lagi kabur.  Terma begini boleh digambarkan sebagai seorang yang bekerja syarikat penerbitan bunyi dan muzik, malah juga menjelaskan tahap kejuruteraan yang lebih tinggi iaitu jurutera yang bertanggungjawab mereka cipta kelengkapan profesional untuk fungsi yang disebutkan di atas. 
Profesional yang dimaksudkan ini juga sering membangunkan peralatan yang diperlukan oleh klangan profesional ini.  Dalam bahasa lain seperti Jerman dan Itali misalnya ia menggunakan dua perkataan berbeza untuk membezakan kerja dua aktiviti ini.  Contohnya dalam bahasa Jerman,Tontechniker (jurutera audio) bertanggungjawab mereka cipta, membina dan memperbaikinya.
Jurutera Audio secara umumnya cukup biasa dengan rekaan, pemasangan, dan/atau operasi rakaman bunyi, memperkukuh bunyi, atau kelengkapan bunyi media penyiaran, termasuk format konsol besar dan kecil.  Dalam persekitaran studio rakaman jurutera audio merakam, menyunting, memanipulasi, mengadun, dan/atau unggul menguasai bunyi menerusi wahana teknikal bertujuan untuk merealisasikan visi kreatif aratis rakaman atau penerbit album.
Biarpun sering dikaitkan dengan penerbitan muzik, aplikasi bidang tugas seorang jurutera audio sebenarnya begitu luas, termasuk pasca produksi untuk video dan filem, pengukuhan bunyi secara live, pengiklanan, multimedia dan penyiaran.  Bila merujuk permainan video, jurutera audio juga sebenarnya boleh menjadi pengatucara komputer.
Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 20 April 2008)

Sunday, March 25, 2012

SRE#22 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 25 Mac 2012

PA System / Karaoke
Tarikh - 25 Mac 2012
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Bandar Bangi
Pengantin - Wani & Muzaffar


Majlis berlangsung dengan lancar. Hujan lebat seketika di tengahari mendingin kan suasana, yang mana paginya panas terik. Alhamdullilah. Selamat Penganting Baru kepada kedua pengantin. Moga kekal ke anak cucu, insyallah.


Monday, March 12, 2012

SRE#21 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 10 & 11 Mac 2012

PA System / Karaoke
Tarikh - 10 & 11 Mac 2012
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Kondo Pantai Dalam
Pengantin - Nurul Anis & Radzi/Jazli


Acara berlansung dengan jaya walau pun hujan lebat melanda. Alhamdullilah. Selamat Penganting Baru kepada kedua mempelai. Moga kekal ke anak cucu, insyallah.

SRE#20 + EVENT - Majlis Perkahwinan - 3 & 4 Mac 2012

PA System / DJ / Karaoke
Tarikh - 3 & 4 Mac 2012
Acara - Majlis Perkahwinan
Lokasi - Felda Krau, Raub Pahang
Pengantin - Acid & Jaja

Event berjalan lancar walaupun pada malam 3 Mac hujan lebat. Cuaca keesokan hari nya amat baik.
Selamat pengantin baru untuk kedua mempelai. Ayam golek teramat lah power!!






PELABURAN & JUAL BELI EMAS

PORTAL UNTUK PERNIAGAAN

DESIGN & PRINTING

Kursus Pra-Perkahwinan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls