Monday, June 27, 2011

SRE#6 + INFO - SRE Official Meeting (UPDATE!)

SRE Team akan mengadakan perjumpaan rasmi dalam masa yang terdekat. Antara perkara utama yang mungkin akan dibincang kan adalah :-

-Hala tuju syarikat
-Peranan dan tugas-tugas setiap ahli
-Perancangan teliti perniagaan untuk tahun 2011-2012

Venue / lokasi akan di beritahu kemudian.


UPDATE!

- Meeting telah berjalan dengan lancar pada 1 Julai 2011, jam 9.30 
  Malam.
- Beberapa hal dibincang kan dan mencapai beberapa kata putus.
- Halatuju syarikat lebih jelas dan mantap.
- Perancangan, cadangan dan idea telah dibentangkan dan mencapai
  persetujuan

- Logo syarikat dalam proses rekaan, dan akan diguna pakai secara rasmi tidak 
  lama lagi.
- Suntikan modal pertama telah disalurkan untuk membeli aset /
  kelengkapan (PA Sistem).


SRE#5 + IMPIAN - Bahagian 1

The picture speaks itself.......





 

SRE#4 + INFO - Pengenalan Teknologi Audio Visual.

Teknologi audio-visual


Pengenalan
Jika anda menonton wayang zaman Charlie Chaplin anda akan merasa puas dengan hanya melihat visual sahaja tanpa audio. Gerakan lucu Charlie Chaplin sudah cukup memikat hati penonton. Kalau nak tahu dialog pelakun, anda baca sahaja teks yang dipaparkan. Apabila tekonologi bunyi diperkenalkan barulah penonton dapat mendengar suara. Itupun bunyi yang hanya yang tidak mempunyai kualiti serta dalam bentuk mono. Teknologi berubah dan sistem bunyi Hi-Fi (High Fidelity) diperkenalkan. Dengan sistem bunyi hi-fi anda terhibur dengan keenakan atau kemerduan bunyinya. Kalau istilah penggemar muzik "bunyi sebiji-sebiji". Dengan sistem hi-fi juga hampir semua instrument yang direkodkan akan dapat dikeluarkan semula melalui corong pembesar suara.

Apabila sistem hi-fi stereo diperkenalkan, dengan mempunyai set yang berkualiti pendengar seolah-olah berada dalam dewan konsert. Dari sinilah para penggemar muzik betul-betul dapat menghayati kemerduan dari peralatan yang canggih. Bukan sahaja pendengar dapat mendengarnya dari kaset atau piring hitam malah siaran-siaran radio pun telah mengalami evolusi. Dari hanya siaran yang dikira boleh setakat dengar sahaja tanpa mangambil kira kualiti kepada penerimaan siaran berbentuk hi-fi dan seterusnya hi-fi stereo. Masakini Astro telah memulakan penggunaan teknologi digital sepenuhnya untuk 20 siaran radio dan TV. Walau pun punca asalnya (source) adalah analog, ia didigitaizkan kepada digital signal dan dipancarkkan melalui MEASAT keseluruh Asia. Kalau anda penggemar kualiti audio visual anda tentu tidak akan melepaskan peluang melanggan walaupun mahal.


Seperkara lagi yang patut dirakamkam dalam lipatan sejarah audio-visual ialah jenis-jenis peralatan main balik (playback) seperti piring hitam, catridge, cassette (tape), CD (Coppact Disk), Laser Disk dan terbaru DVD (Digital Video Disk). Ada diantaranya telah pupus dan generasi hari ini tidak dapat melihat lagi macam mana bentuknya seperti cartidge dan piring hitam.


Sistem bunyi keliling (Surround)

  
Terdapat beberapa nama terkenal dalam persada bunyi keliling. Jika anda peminat stereo atau biasa ke pawagam anda telah biasa melihat logo-logo hakcipta pengeluar bunyi keliling seperti:

Dolby
Dolby AC3, Dolby Stereo, Dolby Prologic, Dolby Digital etc


THX
THX diperkenalkan oleh Lucas Studio dan bekerjasama dengan lain surround production seperti Dolby


dts
dts atau Digital Theater System adalah sistem surround yang baru diperkenalkan dan berkonsepkan 5.1 seperti Dolby Digital


Dolby
Anda mungkin telah mula mengenali Dolby Stereo bila membeli CD atau kaset dan juga Dolby Digital -bila membeli laser disk, DVD, VCD atau mengunjungi pawagam. Adakah ini teknologi baru?.
Beberapa tahun yang lalu Dolby Laboratories telah menamakan Dolby Digital merujuk kepada sistem digital yang baru ini di dalam industri filem dan teater, dan dalam masa yang sama telah menamakan Dolby Surround AC-3 merujuk kepada pemasaran sistem  "home theatre". Secara praktik kedua-duanya (sistem pawagam dan home theater application) adalah dari variasi asas teknologi yang sama (sedikit berbeza dalam data rate). Jadi untuk meminimakan kemungkinan kekeliruan dikalangan konsumer, syarikat Dolby telah mengambil keputusan bahawa konsumer Dolby yang menggunakan "multichannel digital format" akan dikenali dalam nama yang sama sebagaimana yang digunakan di dalam industri filem dan  teater iaitu Dolby Digital.
Format Dolby Surround dan Dolby Pro Logic adalah berasaskan kepada teknologi analog matrix.  Sementara generasi terkini  laserdisc dan juga juga  format baru seperti yang digunakan oleh Dolby Digital ke atas Digital Video/versatile Discs (DVD) dan high definition television (HDTV), syarikat Dolby akan merujuk kepada  Dolby Digital, sepertimana yang digunakan untuk pengeluaran filem.

Dolby Surround Pro Logic,  Dolby Digital (AC-3) dan Dolby "5.1"
Dolby Digital menghasilkan enam saluran audio berasingan (discrete). Seperti Dolby Surround Pro Logic, ianya termasuk saluran  kiri, tengah dan kanan merintangi ketengah ruang. Dolby Surround Pro Logic mengeluarkan hanya satu saluran (channel) keliling yang mengandungi bandwidth yang terhad (100 Hz hingga 7,000 Hz) di mana biasanya khusus untuk main-balik ( played back) dirumah melalui 2 channel amplifier yang menggunakan 2 speaker.



Berbeza dengan Dolby Digital, ia  menghasilhan saluran bunyi berasingan (discrete) surround  kiri dan  surround kanan,  dengan frequensi semua 5 saluran  utama adalah "full range" (3 Hz hingga 20,000 Hz). Satu subwoofer boleh ditambah jika diperlukan  Saluran keenam ialah,  saluran untuk "Low Frequency Effects" (LFE), yang pada masa-masa tertentu, mengandungi "additional bass information" bagi memaksimakan "the impact" kepada scene seperti letupan, pelanggaran, dsb.  Saluran (channel) ini mempunyai satu " frequency response" yang terhad (3 Hz hingga 120 Hz), dan juga dipanggil sebagai saluran ".1". Bila ditambah dengan "5 full range channels" sistem Dolby Digital dipanggil juga dengan nama "5.1" channel. Kesemua saluran dalam satu sistem Dolby Digital adalah berbentuk digital, ini bermakna semua saluran boleh dipindah tanpa kehilangan data asal (loss) daripada  "mixing console" producer kepada sistem  "home theater playback" anda.

Perkakasan Dolby Digital
Jika anda baru dalam bidang pemasangan "home theater", anda mempunyai bernagai pilihan untuk membeli satu laserdisk player (LD player) tunggal atau atau LD player yang dikembarkan dengan Video CD player   yang banyak terdapat dipasaran di Malaysia denagn berbagai jenama popular, atau anda mahukan yang terbaru iaitu Digital Video Disk (DVD) player juga amplifier dan speaker yang sesuai untuk Dolby Pro Logic atau Dolby Digital. Biasanya LD atau DVD mempunyai Dolby Digital RF signal output (yang menghasilkan Dolby AC-3 data stream). Komponen utama yang perlu ditambah ialah Dolby Digital demodulator/decoder (untuk decoding  AC-3 data stream semasa main-balik - playback). Decoder atau processor untuk decode semula signal dari LD atau DVD ini juga boleh didapati di pasaran dengan pilihan samada berkembar dengan ammplifier atau berasingan. Gambarajah 1 menunjukkan bagaimana kedudukan pemasangan sistem surround biasanya dibuat untuk "home teater". Menambah satu lagi subwoofer adalah lebih baik ataupun memasang subwoofer pada setiap saluran adalah atas citarasa anda. Tetapi jika anda berasa sukar untuk memasang dan menyesuaikan yang mana pilihan set yang terbaik, lebih baik anda membeli yang telah siap dipasaran seperti jenama Kenwood, Sony, dan lain-lain  yang mempunyai set LD dan amplifier yang mempunyai decoder AC3 bina dalam serta 5 speaker dengan pilihan subwoofer atau set-set Dolby Digital Processor Sound System, amplifier untuk saluran 5.1 dan 5 speaker.




















Berbagai format Dolby Digital yang terdapat dipasaran seperti:
High Definition Television (HDTV)
Direct Broadcast Satellite (DBS) systems
Digital Cable TV systems
The Digital Video Disc (DVD)
Lain-lain format seperti Digital Video Cassette (DVC) dan Digital Audio Broadcast (DAB)

SECARA TEKNIKALnya
Dolby Digital boleh memproses sekurang-kurangnya:
20-bit dynamic range digital audio signal  melalui  lingkungan frequency dari 20 Hz ke  20,000 Hz ±0.5 dB (-3 dB at 3 Hz dan 20,300 Hz).
Saluran bass effects merangkumi 20 to 120 Hz ±0.5 dB (-3 dB at 3 and 121 Hz)
Sampling rates  menyokong 32, 44.1 and 48 kHz
Data rates range dari serendah 32 kb/s untuk satu saluran mono tunggal  kepada keparas 640 kb/s, merangkumi a wide range of requirement.
Typical applications include 384 kb/s for 5.1 channel Dolby Digital consumer formats, and 192 kb/s for two-channel audio distribution.

THX (Digital Theatre  System)
THX Sound System telah dibangun dan diperkenalkan dalam tahun 1982 semasa menghasilkan filem Star Wars, Return of the Jedi. Ia adalah hasil Inspirasi George Lucas dalam usaha mempertingkatkan cara persembahan mutu industri film. 




 Pengarah teknikal Lucasfilm Corporate, Tomlinson Holman, mula mengenalpasti masaalah berkaitan dengan bunyi sistem pawagam. Holman mendapati penonton tidak dapat mendengar apa yang telah direkodkan dalam filem studio dan kebanyakan bunyi-bunyi efek tertentu didapati lenyap. Beliau akhirnya mencapai satu hasil yang inovatif iaitu mengabungkan mutu performance yang sediada kepada satu sistem baru yang tersdiri dari "theatre acoustic" juga peralatan bunyi. THX (dinamakan sempena nama  filem feature pertama George Lucas yang bertajuk, THX 1138).

THX Sound System adalah satu-satunya sistem sepertinya yang mengambil kira segala aspek dalam satu-satu perfomance audio & visual, yang terdiri dari sistem arkitek, sistem akoustik dan peralatan(equipment). Sistem ini telah direka sedemikian rupa terutama untuk menyesuaikan dengan kecangihan yang dihasikan oleh Dolby Laboratories dalam "decoding" bunyi ke dalam "sound track" yang menumpukan kepada "A-Chain." sementara THX Sound System membuat penumpuan kepada "B-Chain" sistem bunyi pawagam."B-Chain" ialah terdiri dari "customized acoustical design work" bagi setiap auditorium, yang mengadungi antaranya satu "special screen speaker installation", satu "proprietary electronic crossover network", dan spesifikasi peralatan audio yang ketat juga mutu performance. Setiap kali bila sahaja pemasangan THX Sound System siap, sistem pawagam itu akan diuji oleh seorang jurutera THX bagi memastikan penghasilannya mancapai sebagaimana yang ditetapkan oleh THX environmental technical criteria dan direkomenkan oleh "industry standard" untuk mendapatkan kualiti audio-visual semasa persembahan.

THX and Digital Sound
Para technologies dalam Digital recording  seperti Digital Theatre Systems (DTS), Dolby Digital (SR D) and Sony Dynamic Digital Sound (SDDS) telah manghasilkan sistem bunyi yang ketara kehebatanya. Tetapi digital secara tersendiri tidak memadai tanpa gabungan dengan lain-lain komponen seperti THX ini. Digital recording affects hanya "encode sound information" kedalam satu-satu filem tanpa terlibat dalam aspek lain dalam pengeluaran bunyi yang hebat seperti yang telah dihasilkan oleh THX Sound System.

DTS (Digital Theater System) 
Dalam tahun 1993, filem cereka blockbuster Speilberg berjodol Jurassic Park telah memperkenalkan DTS (Digital Theater Systems), lalu menukar terus cara kita menghayati sistem bunyi pawagam dalam satu-satu movie. DTS telah meletakkan sistemnya sebagai "digital sound format" yang menjadi pilihan utama penonton, pembuat filem para exhibitor yang sehingga setakat ini telah melibihi 10,000 tayangan "worldwide".



DTS Digital Surround memperkenalkan teknologi terbaik yang pernah dihasilkan untuk menukar sistem "home theater" kepada 6 "discrete channels" yang lebih jelas, lebih baik dari compact-disc dan performance dalam digital audio. DTS Digital Surround juga adalah satu-satunya "5.1 surround sound format" yang boleh memberikan pengalaman 3D (3-dimensional) melaui cara baru rekoding muzik ke dalam compact discs, juga dari 5.1 soundtracks filem yang asli  kepada laserdiscs, dan akan datang kepada berbagai variety produk  DVD. Pengeluar hardware telah mula memadukan DTS technology yang baru ini kepada peralatan A/V surround processors yang dikeluarkan di pasaran.

SRE#3 + INF0 - Perakuan Pendaftaran Syarikat (SSM)

  Sila klik gambar untuk besarkan.

Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

 Maklumat Perniagaan & Jenis Perniagaan

Maklumat Pemilik Masa Kini

Thursday, June 23, 2011

SRE#2 + INFO - Moto / Tagline SRE

Any Idea???????

SRE#1 + INFO - SERASI RITMA ENTERPRI

Selamat datang dan tahniah diucapkan di atas kejayaan terciptanya "SERASI RITMA ENTERPRISE". SRE telah diasaskan oleh beberapa orang anak tempatan sendiri. Dari bualan kosong di kedai kopi hingga lah tercetusnya idea untuk menubuhkan sebuah syarikat.

Pada mulanya kami hanya merancang untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan hiburan sahaja seperti pekhidmatan PA System, Alatan Muzik dan Studio sahaja. Tetapi berkat dari idea-idea bernas, kami telah pun perluas kan nya ke bidang-bidang lain seperti Perkhidmatan  Pengurusan Majlis / Event Management, Fotografi, Khemah, Perkhidmatan Pengangkutan, Latihan Tenaga Pengajar, Perkhidmatan Pembersihan, Landskap & Hiasan Dalaman.

Ini semua adalah berkat dari secubit ilmu dan pengalaman yang ditimba oleh ahli-ahli SRE sendiri, secara langsung mahupun tidak langsung. Insyaallah, kami akan berikan perkhidmatan kami yang terbaik serta memenuhi kehendak semasa dan kehendak klien.

YBenar,
SRE Team.

PELABURAN & JUAL BELI EMAS

PORTAL UNTUK PERNIAGAAN

DESIGN & PRINTING

Kursus Pra-Perkahwinan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cheap international calls